about me ~ Aminur Rasyid








Aminur Rasyid merupakan nickname beliau sahaja. Nama sebenar ialah Mohd Aminur Rasyid bin Mohd Ali, dilahirkan di Muar dan dibesarkan di Ledang, Johor.

pendidikan awal di Sek. Kota Raja Panchor. Kemudian melanjutkan pendidikan di SMAKJ Kluang dan kemudian di Politeknik Port Dickson, NS dalam jurusan diploma kejuruteraan awam.

mendapat pendedahan tentang fotografi semasa di Politeknik, beliau meneruskan minat tersebut apabila tamat pengajian dan mula membuka bisnes fotografi di Johor Bahru.

selepas 3 tahun di Johor Bahru, beliau berpindah di kampung halaman, Ledang Johor bagi meneruskan kerjaya menjadi seorang jurugambar perkahwinan yg terbaik di Malaysia. AR STUDIOS dibuka secara rasmi pada 2010 bermula dari sebuah studio biasa. Dalam usaha menjadi Ikon fotografi yg disegani, beliau menjadi tenaga pengajar secara sambilan di kolej komuniti seluruh negeri Johor sehingga kini.

Berkat semangat & usaha yang tidak berbelah bagi, beliau kini merupakan seorang yg sangat dikenali dan disegani di daerah Ledang. seorang yang mesra, mudah bergurau senda, tenang dalam melakukan tugas, sentiasa mempunyai idea baru, sangat kreatif dalam memberi idea dan buah fikiran, seorang ketua yg tegas, berkaliber dan berkarisma. Juga seorang suami dan ayah kepada 2 orang anak.

Semoga dengan usaha tanpa lelah membuahkan hasil akan datang, InsyaAllah